Utama > PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

30-Nov-2018

Sekolah Rendah Huffaz, SAUJANA UTAMA ini ditubuhkan sebagai kesinambungan usaha Kelas Bimbingan Rehal yang  telah membuka Kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) di SAUJANA UTAMA yang telah beroperasi bermula 2010 dan didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan nombor pendaftaran 14S (5) 1/5, kod sekolah BYA 3080 pada 29 Mei 2012. 

Penubuhan Sekolah Rendah Huffaz, SAUJANA UTAMA mengambil kira perkembangan ini dengan memberi tumpuan terhadap kerja-kerja berikut:

a. Membentuk dan melaksana satu kurikulum pendidikan yang merangkumi kesepaduan antara ilmu naqli (Ilmu Syariah) dan ilmu aqli (Ilmu yang diasaskan oleh pemikiran manusia).
b. Membentuk dan melaksanakan satu proses pendidikan yang menghayati nilai-nilai Islam baik dalam pembentukan akhlak ataupun suasana pembelajaran.
c. Menyediakan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran akademik serta mempunyai akhlak sempurna agar mereka dapat berfungsi dengan baik dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
d. Menyediakan peluang kepada masyarakat Islam dengan pendidikan rendah berteraskan hafazan seiring dengan pendidikan kebangsaan yang seimbang di samping menampung kekurangan institusi pendidikan tahfiz yang sedang dihadapi sekarang.
e. Melahirkan generasi huffaz yang lebih ramai terutamanya penerapan hafazan al-Quran dari peringkat umur sekolah rendah lagi.

Objektif penubuhan Sekolah Rendah Huffaz, SAUJANA UTAMA.
- Menghayati Falsafah Pendidikan seperti berikut: “Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membantu kehidupan diri, masyarakat, agama dan dunia sebagaimana dituntut oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.“
- Mengembangkan potensi murid dari segi intelek, rohani dan jasmani sesuai dengan perkembangan murid yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.
- Melahirkan murid yang menghayati nilai-nilai murni ke arah wewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu, progresif dan harmonis.
- Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran berpandukan kurikulum KSSR Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Membina dan menyemai roh cintakan ilmu.
- Menggabungkan KSSR dengan kurikulum tambahan yang berpandukan sukatan pelajaran diniah yang di sediakan oleh JAIS.
- Menyediakan anak-anak yang mampu menghafaz 5 hingga 15 juz al-Quran di peringkat umur sekolah rendah lagi.

Huffaz ditubuhkan pada 13hb. November 2015, dan telah mula beroperasi pada Januari 2016 dengan menghadkan kemasukan
untuk Darjah 1 sahaja.