:
PENGENALAN

REHAL: Kelas Bimbingan Rehal atau singkatannya REHAL adalah sebuah pusat pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain telah mula beroperasi pada 31 Mac 2002. REHAL beribupejabat di Kota Damansara dan mempunyai cawangan di Saujana Utama, Selangor. REHAL menyediakan produk-produk pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain untuk semua peringkat umur dewasa dan kanak-kanak. Pengajaran dan pembelajaran REHAL adalah menggabungkan cara pengajian tradisional (sistem individu) dengan cara pengajian moden (sistematik berkelas). REHAL dipengerusikan oleh Ustaz Dr. Surul Shahbudin Hassan, seorang penulis, pembentang kertaskerja dan penggiat aktif dalam bidang ilmu-ilmu Al-Quran di universiti-universiti dan masjid-masjid sejak 1999.

Selaras dengan perkembangan serta keperluan semasa dalam bidang pendidikan Islam, REHAL telah mengambil inisiatif untuk menaik taraf operasinya dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Integrasi Rehal (SRI Rehal). Penubuhan ini bertujuan memperluaskan skop pendidikan daripada kelas bimbingan kepada sistem persekolahan formal yang lebih tersusun dan komprehensif.

SRI Rehal mengintegrasikan kurikulum akademik kebangsaan dengan pendidikan Al-Quran dan Fardhu Ain, termasuk penekanan kepada hafazan Al-Quran. Selain itu, SRI Rehal turut melaksanakan Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), sebagai pelengkap kepada pendidikan Islam yang sistematik dan diiktiraf.

Hubungi:
Kelas Bimbingan Rehal
4 Jalan Camar 4/3, Seksyen 4,
47810 Kota Damansara, Selangor.
Email: kelasrehal@yahoo.com
Tel: 0374940694 (waktu pejabat)
Whatsapp: 0163302019