HARI JUMAAT MERUPAKAN SATU-SATUNYA HARI YANG DINAMAKAN DALAM AL-QURAN YANG DIKENALI SEBAGAI SURAH AL-JUMUAH. DI SEBALIK KEHADIRAN HARI JUMAAT SETIAP MINGGU, TERDAPAT BANYAK KELEBIHAN DAN FADILAT YANG TERDAPAT PADA HARI YANG TERBAIK INI. ANTARANYA ADALAH DOA MUSTAJAB, BANYAK MALAIKAT YANG TURUN PADA HARI TERSEBUT, DAN HARI JUMAAT JUGA KITA DIGALAKKAN BERSEDEKAH.
SEBAGAIMANA RAMADHAN ADALAH BULAN YANG TERBAIK UNTUK BERSEDEKAH, HARI JUMAAT PULA ADALAH HARI YANG TERBAIK DALAM SETIAP MINGGU UNTUK BERINFAQ. SEBAGAIMANA IBN QAYYIM AL-JAUZIYAH MENYATAKAN DALAM KITABNYA ZAD AL-MAAD:
“BERSEDEKAH PADA HARI JUMAAT INI LEBIH MULIA BERBANDING HARI-HARI LAIN. BESARNYA NILAI GANDAAN GANJARAN BERSEDEKAH PADA HARI JUMAAT BERBANDING HARI LAIN ADALAH SEPERTI BESARNYA PAHALA AMALAN BULAN RAMADAN BERBANDING BULAN-BULAN LAIN.”
MAKA, MARI KITA MANFAATKAN KESEMPATAN PADA HARI YANG PALING MULIA DI ANTARA TUJUH HARI DALAM SEMINGGU INI UNTUK MELIPATGANDAKAN PAHALA DENGAN BERSEDEKAH.
TUNAIKAN ZAKAT ANDA BERSAMA KAMI SELAKU PENOLONG AMIL LEMBAGA ZAKAT SELANGOR. TUNAI ZAKAT DENGAN RESIT LZS MELALUI SRII HUFFAZ SAUJANA UTAMA DAN SRI REHAL KOTA DAMANSARA.